Penatnya persiapan kahwin! Sebesar2 sehingga sekecil2 perkara kena diatur-semuanya perlu nampak cantik di hari bahagia. Padanlah kata orang-raja sehari-kerana sehari itulah semuanya perlu nampak cantik ibarat raja.
Tambahan pulak perkahwinan sekarang telah dikomersilkan. “Tak macam mak masa dulu-dulu” kata mak. “Apa orang bagi, semuanya pakai.” Kata mak, zaman dulu-dulu (tahun 70-an) orang kampung masih lagi berpegang kuat pada adat. Kenduri kahwin adalah persiapan oleh keluarga-bukannya pengantin tu sendiri. Selalunya bergotong-royong dan tiap2 orang seolah2 tahu peranan masing-masing. Ada yang menghias bilik pengantin, ada yang jadi penanggah dan tukang masak. Ada juga yang menghias pengantin. Menariknya lagi, mereka tak lokek meminjamkan barang supaya perkahwinan tu nampak cantik, dari baju hinggalah ke barang kemas! Kahwin orang dulu-dulu meriah. Persiapannya dibuat beberapa hari sebelum hari persandingan. Siap ada kugiran, joget lambak. Orang yang buat kerja pun tak terasa terbeban, sebab orang yang menolong pun ramai. Dah bergotong royong, yang berat pun jadik ringan!
Kata Mak, baju pengantinnya dipinjam daripada mak saudaranya yang teringin sangat nak tengok mak pakai baju tu. Songket bunga tabur warna maroon. Cantik! Agaknya badan pun masa tu kecik,so nampak terletak je baju tu pada badan mak.
Sebelum ni, aku hanya menyiapkan majlis perkahwinan untuk adik dan abang. Sekarang, giliran diri sendiri. At the age of 29, ramai yang kata aku ni kahwin lambat. Lambat ke? Tak pulak rasanya. But persiapan perkahwinan ni requires lots of effort, energy and money! Yes, money when everything seems to be very costly (now it’s recession-even worst) dan kesemuanya dah dikomersilkan!
Thursday, May 28, 2009
Persiapan Kahwin!
Posted by Lily at 11:15 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)